0
Pada 23 Mei 2009, telah diadakan majlis sambutan Hari Keluarga untuk seluruh pensyarah dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak. Majlis yang meriah dan penuh bermakna ini telah diadakan di Santubong Beach Resort, Kuching telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 6.30 petang.

Antara objektif penganjuran Hari Keluarga ini ialah mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kampus Tun Abdul Razak, ukhuwah yang mesra terbina ini diharap akan terus berkekalan. Selain itu bakat dan kreativiti warganya dapat dicungkil kerana pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dirancang dan dilaksanakan. Pensyarah Jabatan Kajian Sosial telah dipertangunggjawabkan untuk menjadi urusetia dan menyelaraskan segala aktiviti yang telah dirancang dengan dibantu oleh pelajar – pelajar KPLI ( R) opsyen Kajian Sosial.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan, antaranya ialah Pertandingan Pakaian Beragam untuk kanak-kanak. Untuk pertandingan ini, dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori umur bawah 7 tahun dan 12 tahun keatas. Kanak- kanak dengan pakaian yang berwarna- warni berjaya memperagakan pakaian masing-masing dengan pelbagai aksi menarik yang mencuit hati penonton. Pertandingan karaoke untuk kategori kakitangan Institut dan anak-anak kakitangan turut diadakan. Pertandingan ini mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan dengan 21 penyertaan.

Slot aktiviti Hari Keluarga ini juga disisipkan dengan ilmu yang berguna daripada pihak CIMB Bank Cawangan Twin Tower, Kuching yang memfokus kepada langkah-langkah yang harus diambil oleh ketua keluarga sebagai persediaan untuk masa depan, contohnya persediaan pendidikan untuk anak-anak. Ilmu dan informasi yang diberikan oleh pihak bank ini banyak memberi manfaat kepada warga Institut khususnya dalam menguruskan kewangan ketika seluruh dunia menghadapi kegawatan ekonomi. Pertandingan mewarna untuk kanak- kanak umur bawah 7 tahun dan 12 tahun ke bawah juga berjaya diadakan. Pertandingan ini juga mendapat sambutan yang mengalakkan oleh semua kanak- kanak.

Pada sebelah petangnya pula, pertandingan memasak tanpa api dan mengukir buah untuk kakitangan dan juga pensyarah telah diadakan. Kedua- dua pertandingan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan semestinya berbakat dalam mengukir buah. Penyertaan adalah terbuka. Acara memasak tanpa api mendapat sambutan menggalakkan dengan 8 pasangan telah mengambil bahagian. Acara ini telah dimenangi oleh Pn. Habibah Julaihi dengan pasangannya Pn. Aton Unus.

Pertandingan sukaneka turut diadakan di kawasan pantai. Antara sukaneka yang dipertandingkan adalah sepertii bowling kelapa, baling dadu, lari dalam guni untuk kanak-kanak, bola tampar pantai serta membina istana pasir . Pertandingan membina istana pasir meletakkan dua orang kanak- kanak dan seorang dewasa sebagai syarat untuk setiap kumpulan bertanding. Acara kemuncak bagi sukaneka di tepi pantai ialah pertandingan tarik tali.

Pengarah IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Yang Berbahagia Datin Hajah Zahrah bt Hj Bujang dalam ucapan penutupannya berharap kerjasama dan hubungan silatulrahim yang sedia terjalin dapat dikekal dan seterusnya dipereratkan pada masa hadapan. Beliau seterusnya

mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak CIMB Bank Cawangan Twin Tower Kuching dan semua syarikat yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan hari keluarga institut ini. Timbalan Pengarah IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Encik Mohammad Bin Lin dan ketua- ketua Jabatan juga turut hadir dalam memeriahkan sambutan Hari Keluarga pada tahun ini. Majlis pada petang tersebut diakhiri dengan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan dan acara cabutan tiket bertuah. Sesungguhnya jalinan kerjasama daripada semua pihak sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran Hari Keluarga ini sangat bermakna dan tidak ternilai.
Next
This is the most recent post.
Previous
This is the last post.

Post a Comment

 
Top